|
|
 |
| |
| Semenjak permulaan gejala HIV/AIDS, lebih
kurang 65 juta insan telah dijangkiti HIV dan 28 juta insan
yang mati kerana AIDS. Pada tahun 2003, ianya telah dianggarkan
bahawa hampir 40 juta insan di seluruh dunia yang menghidapi
HIV, dan 5 juta daripada bilangan itu yang baru sahaja dijangkiti.
Lebih daripada tiga juta insan menemui ajal kerana AIDS pada
tahun 2003. Golongan yang paling berisiko tinggi untuk menghidapi
HIV/AIDS adalah golongan muda. Hampir 6,000 orang yang berusia
di antara 15 dan 24 dijankiti HIV setiap hari. |
| |
| Satu lagi gejala membimbangkan seiring
dengan fenomena AIDS/HIV adalah gejala penggunaan dadah haram
di seluruh dunia. Kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 200
juta orang menggunakan atau mengambil dadah haram dengan 10
hingga 15 juta daripada mereka menyuntik dadah tersebut. HIV/AIDS
di kalangan pengambil dadah secara suntikan (IDU) telah dilaporkan
di 114 buah negara. Epidemik berkembar ini yang melibatkan HIV
dan IDU semakin meningkat dari sehari ke sehari. Secara globalnya,
jangkitan yang melibatkan suntikan dadah adalah di antara 5
hingga 10 peratus dari jumlah jangkitan HIV secara keseluruhannya
tetapi bagi sesetengah negara ia mungkin melibatkan lebih daripada
50 peratus. Pengambil dadah secara suntikan (IDU) merupakan
kumpulan populasi utama menjadi sasaran untuk mencegah penularan
HIV/AIDS. Sungguhpun begitu, dalam kebanyakan negara, maklumbalas
terhadap epidemik tersebut amatlah tidak mencukup dan memberi
impak yang minima terhadap kadar jangkitan HIV dikalangan IDU.
Bagi sesetengah negara, walaubagaimanapun telah berjaya untuk
mencegah, meperlahankan dan memberhentikan penyebaran HIV/AIDS
dikalangan IDU. Mereka telah berjaya mencapai matlamat mereka
kerana telah melaksanakan pelbagai program pengurangan risiko.
|
| |
| Pada lewat 1970an HIV telah menyerang Amerika
Syarikat. Pada ketika itu juga tempat menyuntik, di mana pengambil
dadah boleh membeli, menyedia dan menyuntik dadah telah diadakan.
Pada lokasi tersebut, perkongsian alat suntikan yang meluas
telah berlaku dan HIV telah merebak secara mendadak. Sejak permulaan
epidemic tersebut, 36 peratus daripada semua kes AIDS yang dilaporkan
mempunyai kaitan secara langsung atau tidak dengan pengambilan
dadah secara suntikan. Lebih daripada separuh wanita yang dijangkiti
HIV di Amerika Syarikat adalah samada penagih dadah ataupun
pasangan seksual bagi penagih dadah. Kebanyakan anak-anak yang
dijangkiti HIV sejak lahir mempunyai seorang atau kedua-dua
ibu bapa yang menagih dadah. Program jarum suntikan dan picagari
(NSP) telah dilaksanakan di 39 daripada 50 buah daerah tetapi
kebanyakan program adalah amat kecil untuk mencapai 1 - 1.5
juta IDU seperti yang diharapkan. Di kebanyakan bandar, seperti
New York, telah menyaksikan pengurangan dalam jangkitan HIV
di kalangan IDU yang menyertai NSP, walaubagaimanapun Amerika
Syarikat secara keseluruhannya telah gagal untuk menangani epidemik
berkembar HIV/IDU ini. |
| |
| Manakala di Australia pula, dianggarkan
160,000 orang yang kerap menyuntik dadah pada tahun 2003. Jumlah
tersebut bakal meningkat jika penyuntik dadah yang jarang pula
disertakan sekali. Walaupun HIV di kalangan IDU telah lama dilaporkan
sejak 20 tahun yang lalu, kadar jangkitan HIV di kalangan IDU
masih kekal di bawah dua peratus. Sejak daripada permulaan epidemik
HIV/AIDS ini, penduduk Australia telah bertindak untuk menangani
masalah tersebut dengan menggunakan prinsip kesihatan awam yang
ketara seperti penerimaan konsep pengurangan risiko di peringkat
tertinggi politik. Pada tahun 1985 kerajaan Australia telah
mengambil pendekatan meluas untuk menangani isu dadah dan telah
melaksanakan pelbagai strategi untuk mengawal HIV di kalangan
IDU. Ianya termasuklah: |
| |
- pelaksanaan NSP secara menyeluruh
- terapi susulan gantian dadah alternatif seperti methadone
secara meluas
- pemberian informasi dan pengetahuan tentang AIDS dari
sumber yang boleh dipercayai dimana pengguna dadah adalah
sasaran
- penggunaan bahan-bahan pengetahuan mengenai pengurangan
risiko yang melibatkan rakan sebaya dan juga pekerja temuseru
- penglibatan organisasi pengguna dadah dalam dialog bersama
kerajaan dan pegawai atasan polisi
|
| Pada awal 1980an di Eropah Barat, hanya
tujuh peratus daripada kes AIDS yang dilaporkan melibatkan IDU.
Pada 1992 angka ini telah meningkat sehingga 39 peratus, lebih
daripada golongan lelaki homoseksual (32 peratus). Sehingga
tahun 2001, golongan IDU yang terlibat menyumbang 32 peratus
kes AIDS yang dilaporkan, manakala jumlah lelaki homoseksual/biseksual
telah menurun sehingga 19 peratus. Prevalensi HIV walaubagaimanapun
berbeza di keseluruhan Eropah Barat. Kadar prevalensi HIV yang
tertinggi di kalangan IDU telah dilaporkan berlaku di Itali,
Sepanyol, Perancis dan Switzerland. Walaubagaimanapun, England
masih belum mengalami epidemik HIV di kalangan IDU. Pada tahun
1999, prevalensi HIV di kalangan IDU di England hanyalah sebanyak
satu peratus dantiada jangkitan HIV yang dilaporkan di kalangan
IDU dibawah umur 25 tahun. Darihal itu, ia diikuti dengan kadar
prevalensi yang semakin menurun oleh kerana perlaksanaan pelbagai
program pengurangan risiko yang menjadikan kumpulan IDU sebagai
sasaran. |
| |
| Pada lewat 1980an dan awal 1990an, struktur-struktur
kerajaan Soviet Union, Eropah Timur dan Asia Tengah telah merundum
jatuh dan sejurus itu telah turut menyaksikan bagaimana krisis
sosial dan ekonomi menyelubungi kerajaan-kerajaan yang telah
dilanda masalah tersebut. Darihal itu, banyak penduduk telah
cuba mencari jalan keluar yang mudah dari kesengsaraan tersebut
dengan berpaling kepada dadah. Manakala pada masa yang sama
pula, industri dadah berkembang pesat. Penularan suntikan dadah
yang mendadak telah mencapai peringkat epidemik dan fenomena
baru ini wujud secara kebetulan dengan epidemik HIV/AIDS yang
memeranjatkan semua pihak. Dapat dikatakan bahawa anggaran sebanyak
empat juta IDU tinggal di rantau tersebut dan lebih kurang 1.2
juta penduduk di rantau tersebut menghidapi HIV/AIDS. Menyuntik
dadah merupakan medium atau cara penyebaran yang utama: di Russia
dan Ukraine terutamanya terdapat lebih daripada 60 peratus daripada
jumlah jangkitan HIV yang dilaporkan telah dikenalpasti berpunca
daripada penggunaan suntikan dadah. Pada ketika ini hanya 11
peratuss daripada IDU di rantau itu yang telah dan sedang melalui
program pengurangan risiko. |
| |
| Pada sesetengah bahagian di Amerika Latin,
penyemaian dan penggunaan kokain mempunyai sejarah lamanya tersendiri.
Baru-baru ini, walaubagaimanapun penggunaan crack kokain dan
penyemaian dan pengambilan heroin juga bertambah meningkat.
Pengambil dadah secara suntikan juga telah dikenalpasti di kebanyakan
negara di benua tersebut tetapi epidemik jangkitan HIV di kalangan
IDU tidak begitu tersebar. Epidemik berkembar HIV dan IDU telah
dititikberatkan di beberapa bahagian benua tersebut, seperti
contohnya: |
| |
- di Argentina, 40 peratus kes-kes HIV yang baru dilaporkan
adalah di kalangan IDU
- di Uruguay, bilangan IDU hanya meliputi kurang dari satu
pertiga daripada bilangan kes baru HIV
- Di Brazil, 21 peratus daripada semua kes AIDS yang dilaporkan
adalah di kalangan IDU
|
| Pelbagai strategi pengurangan risiko telah
dijalankan di beberapa buah negara. Tetapi, secara keseluruhannya,
program-program tersebut kurang kapasiti untuk menampung keperluan
kebanyakan IDU. Hanya lebih kurang 11 peratus daripada jumlah
IDU yang dilaporkan menyertai program pengurangan risiko. |
| |
| Sejak daripada lewat 1980an, Asia telah
mengalami epidemik berkembar penggunaan suntikan dadah dan kadar
HIV/AIDS yang menular secara mendadak. Walaupun kadar prevalensi
secara kesulruhannya adalah rendah, angka sebenar bagi penduduk
yang dijangkiti adalah ketaral: kira-kira 7.2 juta orang menghidap
HIV. Industri penghasilan dadah telah berkembang mekar di sebahagian
negara di Asia serta populasi yang mengambil dadah pula semakin
meningkat seiring dengan jalan pengedaran dadah, melahirkan
kewujudan pasaran dadah baru dan ancaman HIV baru di negara-negara
yang terlibat. |
| |
| |
| Perubahan sosial yang mendadak di rantau
tersebut, digabung dengan kebolehan untuk mendapat bahan amphetamine
dan heroin pada harga yang berpatutan, telah mewujudkan suatu
kenaikan yang dramatik di dalam pengambilan dadah. Tempoh perubahan
daripada merokok dan/atau mengambil dadah telah terhapus. Amalan
menyuntik dadak telah menjadi suatu kebiasaan dan semakin bertambah.
Anggaran menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya enam juta IDU
di rantau dan menurut UNAIDS, Asia dikenalpasti mempunyai bilangan
kes suntikan dadah yang berkait dengan HIV yang paling tinggi.
Sumbur: Arkib CHR 2002 |
| |
| Epidemik HIV yang meletus di kalangan IDU
telah bermula di beberapa buah negara di Asia pada akhir 1980an.
Kadar prevalensi jangkitan HIV di kalangan IDU kebiasaannya
mencecah 60 hingga 90 peratus dalam masa enam bulan sehingga
satu tahun selepas kemunculan kes pertama yang telah dilaporkan.
Banyak negara di Asia yang terpaksa berhadapan dengan epidemik
HIV/AIDS yang serius di kalangan IDU. Sebagai contohnya, di
Vietnam IDU merangkumi 65 peratus daripada jumlah yang telah
dilaporkan manakala di Malaysia pula 76 peratus daripada kes
yang dilaporkan adalah melibatkan IDU. Di Indonesia pula, sebuah
pusat rawatan di Jakarta melaporkan kadar prevalensi sifar pada
tahun 1998, pada tahun 2001 kadar prevalensi HIV telah mencapai
hampir 50 peratus. Hal ini juga turut sama berlaku di Nepal,
di mana jangkitan HIV di kalangan IDU pada awal 1990an adalah
kurang daripada dua peratus, telah meningkat sehingga 68 peratus
pada tahun 2003. |
| |
| Negara-negara yang mempunyai prevalensi
yang tinngi di kalangan IDU adalah: Myanmar, China, Iran, Indonesia,
Thailand, Nepal, Malaysia, India Pertemuan di antara IDU dengan
pekerja-pekerja seks pula sedang menyusuli. Kebanyakan IDU melibatkan
diri di dalam perlakuan seksual yang berisiko dan jarang menggunakan
kondom. Perbuatan ini boleh membawa kepada penyebaran jangkitan
HIV kepada populasi umum. Percubaan untuk menangani masalah
yang telah menjadi lebih buruk ini belum berjaya dilaksanakan
lagi walaupun terbukti tidak mencukupi. Pada ketika ini, lebih
kurang 10 peratus daripada IDU di Asia telah menyertai program-program
pengurangan risiko. |
| |
| |
| Secara globalnya, epidemik berkembar HIV/AIDS
dan pengambil dadah secara suntikan tiada menujukkan tanda-tanda
untuk berkurangan dan akibat-akibat yang lebih dahsyat telah
muncul dengan berterusan. Beberapa buah negara juga telah mengambil
langkah untuk memulakan pendekatan terperinci untuk menghentikan
penyebaran HIV di kalangan IDU. Terdapat bukti yang menunjukkan
bahawa program pengurangan risiko yang meluas telah berjaya
apabila reaksi yang diterima adalah mencukupi dan bersesuaian
dengan skala epidemik tersebut. Sungguhpun begitu, kebanyakan
negara masih belum cukup memperkenalkan program-program yang
inovatif dan berkesan untuk menghalang penyebaran HIV di kalangan
IDU. Pada tahun 2001, UNAIDS telah menganggarkan bahawa hanya
19 peratus IDU sahaja yang menyertai program pengurangan risiko
sedunia. Di Asia pula, angkanya adalah tidak lebih daripada
10 peratus. Bagi kebanyakan Negara, pengurangan risiko hanyalah
suatu alat pencegah HIV/AIDS yang penuh kontroversi. Walaubagaimanapun
penilaian saintifik telah menunjukkan bahawa ia merupakan satu-satunya
pendekatan yang berjaya untuk mengatasi masalah dadah haram
dan HIV/AIDS, menolak segala persepsi dan keraguan. |
|
|