Talk to us  l  Become a volunteer
A manual for NGOs
Synergising HIV/AIDS and Sexual reproductive Health and Rights
ARTICLE
HIV/AIDS Statistic in Malaysia
 
GALLERY
Visit our gallery to watch some of the movie and images that we offer.
BLOG
Blog by Pi's Twist
Blog by Marina Mahathir
MusingfromMarinaMahathir
Blog from MAC|MAF
 
HIV/AIDS Basic
HIV/AIDS Prevention
HIV/AIDS Testing
HIV/AIDS Treatment
Advocacy & Public Policy
Work Place
Drug Use
Para-legal training
Harm Reduction
Positive Living
Red Ribbon
 
AARG
AWAM
Bar Council
BMSM
CWS
FFPAM
PPIM
 
 
Program jarum suntikan dan picagari (NSPs) telah banyak mengundang kontroversi berbanding strategi pengurangan risiko yang lain. Sungguhpun begitu, NSP adalah amat penting di dalam mengurangkan kadar penyebaran HIV/AIDS daripada dan kepada pengambil dadah secara suntikan (IDU).
 
"Kebanyakan IDU gagal untuk memberhentikan ketagihan dadah mereka"
 
HIV/AIDS boleh dipindahkan daripada seorang IDU kepada yang lain dengan berkongsi alat suntikan yang tercemar dan melalui hubungan seksual yang tidak dilindungi. Kebanyakan IDU tidak berupaya untuk menghentikan pengambilan dadah mereka di samping memerlukan bantuan untuk meminimumkan risiko-risiko yang dihadapi. Program jarum suntikan dan picagari cuba untuk menangani masalah ini dengan mengagihkan alat suntikan yang disteril, mengambil alatan yang telah digunakan, memberikan pendidikan dan rujukan tentang penjagaan kesihatan, kaunseling, ujian dan rawatan dadah.
 
Mengapakah penagih berkongsi alat suntikan?
Kebanyakan penagih berkongsi alat suntikan mereka atas beberapa sebab yang berbeza. Ianya termasuklah:
 
  • kesukaran untuk mendapatkan alatan baru disebabkan kos dan bekalan
  • kerana mempunyai jarum suntikan dan picagari adalah salah di sisi undang-undang
  • keengganan untuk membeli jarum suntikan dan picagari dari farmasi/kedai perubatan kerana bimbang akan dikenali atau dikecam
  • kurang pengetahuan tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi
  • tekanan atau pengaruh rakan-rakan
  • berada di penjara di mana alat suntikan baru tidak boleh didapati.
Objektif program jarum suntikan dan picagari
Program jarum suntikan dan picagari adalah suatu tindakan kesihatan awam yang amat penting. Ia mencapai golongan IDu yang tersembunyi atau dikenalpasti. NSP mempunyai beberapa objektif:
 
  • Untuk meningkatkan penggunaan jarum suntikan dan picagari yang disteril dengan mengagihkan alat suntikan yang disteril kepada IDU
  • Untuk melupuskan alat suntikan yang telah digunakan atau mempunyai kemungkinan untuk tercemar
  • peredaran untuk memecahkan rantai penyebaran HIV dan penyakit yang merebak melaui darah
  • Untuk mengagihkan alatan-alatan lain yang berkaitan dengan suntikan: sudu, sapuan alcohol, air disteril dan bahan-bahan seperti kondom untuk hubungan seks yang selamat
  • Untuk bertindak sebagai pihak yang boleh dihubungi untuk mendapatkan bahan maklumat, pendidikan dan komunikasi berkenaan amalan suntikan yang lebih selamat, membersihkan alat suntikan yang telah digunakan, dan bagaimana untuk mencegah mana-mana penyakit yang berjangkit melalui darah dan jangkitan penyakit yang dipindahkan melalui hubungan seks
  • Untuk memberikan khidmat kaunseling umum, kaunseling sukarelawan HIV dan ujian, penjagaan kesihatan utama, rujukan kepada perkhidmatan sosial dan perubatan seperti program rawatan dadah.
Sumber: Arkib CHR 2001
 
Jenis-jenis program jarum suntikan dan picagari
Program jarum suntikan dan picagari telah dirancang berdasarkan keadaan budaya secara khusus dan populasi pengambil dadah secara suntikan. Program ini haruslah dilaksanakan berhampiran dengan tempat tinggal IDU atau sumber mereka mendapatkan dadah. Secara globalnya, terdapat tiga jenis NSP yang utama:
 
  • Tempat yang telah ditetapkan, seperti di hadapan kedai atau kemudahan perkhidmatan kesiahata, tempat di mana IDU boleh datang untuk mendapatkan dan melupuskan alat suntikan
  • Perkhidmatan mobil selalunya melibatkan sebuah van yang akan mengikuti perjalanan yang telah dijadualkan dan akan berhenti di beberapa buah lokasi yang telah ditetapkan
  • Sebuah perkhidmatan temuseru di mana kakitangan akan bergerak ke beberpapa kawasan untuk mengagihkan alat suntikan yang disteril dan mengumpulkan alatan yang telah digunakan untuk dilupuskan dengan selamat.
"NSP adalah penting untuk menghentikan penyebaran HIV/AIDS"
 
Terdapat juga beberapa cara lain untuk IDU mendapatkan alat suntikan yang selamat termasuklah membelinya dari farmasi, mendapatkan khidmat rundingan dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan alat suntikan yang selamat dan menggunakan mesin pembekal jarum suntikan dan picagari. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan di sini, di mana alatan tersebut mungkin memerlukan belanja yang tinggi, golongan IDU mungkin akan ditindas serta menghadapi sikap prejudis ahli farmasi atau doktor dan mungkin ada tentangan sah terhadap cara-cara yang telah disebutkan di atas.
 
"Membekalkan jarum suntikan dan picagari yang disteril tidak akan meningkatkan pengambilan dadah"
 
Kekuatan program jarumsuntikan dan picagari
Penilaian saintifik dan kajian telah mendapat hasil yang menunjukkan bahawa program jarum suntikan dan picagari:
 
  • Mampu mengurangkan pemindahan HIV, Hepatitis B dan C dengan berkesan. Di bandar-bandar di mana NSP telah diperkenalkan, jangkitan HIV telah menurun sebanyak 5.8 peratus setahun jika dibandingkan dengan bandar-bandar yang tidak memperkenalkan NSP di mana jangkitan HIV meningkat sebanyak 5.9 peratus setahun.
  • Mengurangkan perkongsian alat suntikan
  • Tidak meningkatkan pengambilan dadah atau meningkatkan frekuensi suntikan dadah
  • Tidak melahirkan IDU baru atau IDU berumur lebih muda pada suntikan kali pertama
  • Tidak meningkatkan bilangan jarum suntikan yang dibuang dalam masyarakat
  • Menangani isu hubungan seksual yang selamat dengan memberikan kondom
  • Mengutamakan penjagaan kesihatan
  • Mewar-warkan maklumat kesihatan
  • Bertindak sebagai sebuah jambatan penghubung bagi insan yang mengkehendaki rawatan, pemulihan dan terapi gantian dadah alternatif
  • Menyediakan dan menggalakkan kaunseling sukarelawan dan ujian untuk HIV dan Hepatitis B dan C
  • Adalah pada kos yang berpatutan dan berbaloi
Sebuah laporan yang dikeluarkan baru-baru ini di Australia telah mencatatkan bahawa antara 1990 hingga 2000 hampir $150 juta (Dolar Australia) telah dilaburkan dalam program-program NSP. Tahap pelaburan dan hasilnya dalam masa 10 tahun telah memberikan hasil:
 
  • Kira-kira 25,000 kes-kes HIV telah dicegah
  • Kira-kira 21,000 kes Hepatitis C telah dicegah
  • Lebih kurang 5,000 nyawa telah diselamatkan menjelang 2010
  • Pelaburan yang bernilai $150 juta telah memberi pulangan sebanyak di antara $2.4 dan $7.7 billion
Apakah dia halangan - halangan program jarum suntikan dan picagari?
Walaupun bukti saintifik dan kajian menyokong keberkesanan NSP, masih lagi terdapat kesukaran untuk mendapatkan hasil yang optimum. Ini adalah kerana:
 
  • Jarum suntikan dan picagari bersih yang tidak mencukupi untuk diberikan kepada IDU jadi kesan kesihatan awam untuk setiap jarum suntikan/picagari untuk setiap kali menyuntik dapat dicapai. Sebagai contoh, sebanyak 920 juta hingga 1.68 billion picagari diperlukan di Amerika Syarikat: pada tahun 1999 kira 19 juta jarum suntikan diagihkan.
  • memastikan bekalan tidak akan susut merupakan satu masalah bagi negara-negara miskin atau mengalami perubahan ekonomi.
  • Mungkin akan menerima tentangan daripada polis, pertubuhan keagamaan dan ahli-ahli politik atas dasar undang-undang dan 'moral' yang selalunya akan memeberi kesan kepada operasi.
  • Program yang dapat meliputi kesemua IDU selalunya tidak mencukupi kerana kekurangan tempat NSP dan "pakej" intervensi yang juga tidak mencukupi untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan HIV.
  • Kesukaran untuk memenuhi waktu dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pesakit
  • Pelupusan alat suntikan yang dipulangkan hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkinuntuk mengelakkan terjadinya penggunaan semula bahan-bahan tercemar tanpa disedari.
Program-program NSP telah dijalankan di Eropah Barat, Amerika Utara, Australia, United Kingdom, Russia dan Negara-Negara yang baru, Eropah Timur, beberapa bahagian di Amerika Selatan dan Asia. Ketika ini, ada sekurang-kurangnya 46 benua, negara dan daerah melaksanakan sekurang-kurangnya satu program. Walaupun mungkin terdapat program jarum suntikan dan picagari yang berlainan, bukti saintifik jelas menunjukkan bahawa:
 
  • pembekalan jarum suntikan dan picagari yang disteril tidak pernah meningkatkan kadar penggunaan dadah atau jenayah
  • ia memainkan peranan yang amat penting di dalam menurunkan kadar perkongsian jarum suntikan dan picagari
  • dan mengurangkan risiko penyebaran HIV/AIDS, Hepatitis B dan Hepatitis C di kalangan IDU.
Ia juga keranan fakta terakhir yang disebut di atas maka telah membuka mata ramai pihak badan-badan kajian dan saintifik untuk menyatakan bahawa NSP adalah amat penting, malah komponen yang penting, dan komprehensif serta program pencegahan HIV yang paling berkesan.
 
Sumber
 
Ball A, Crofts N (2002) HIV risk reduction in injecting drug users. In Lamptey P, Gayle H (eds) HIV/AIDS Prevention and Care in Resource-Constrained Settings. Arlington, Virginia, Family Health International.
 
Burrows D (2000) Starting and Managing Needle and Syringe Programmes. New York: International Harm Reduction Network.
 
Carvell AM, Hart EH. 1990. Help-seeking and referrals in a needle exchange: a comprehensive service to injecting drug users. British Journal of Addiction. 85:235-240.
 
Commonwealth Department of Health and Ageing. 2002. Return on investment in needle and syringe programs in Australia. Canberra. Commonwealth of Australia [www.health.gov.au/pubhlth/publicat/hac.htm]
 
Costigan G, Crofts N, Reid G. 2003. Manual for Reducing Drug Related Harm In Asia. Melbourne, The Centre for Harm Reduction, Burnet Institute.
 
Des Jarlais DC. 2001. How much is good enough? Coverage of HIV prevention programs in New York City. Paper presented at 12th International Conference on the Reduction of Drug Related Harm, New Delhi, India.
 
Drucker E, Luire P, Wodak A, Alcabes P. 1998. Measuring harm reduction: the effects of needle and syringe exchange programs and methadone maintenance on the ecology of HIV. AIDS 12 (suppl A): S217-S230.
 
Heimer R, Kaplan EJ, Khoshnood K et al. 1993. Needle exchange decreases the prevalence of HIV-1 proviral DNA in returned syringes in New Haven, Connecticut. American Journal of Medicine 95:214-220.
 
Heimer R, Khoshnood K, Bigg D et al. 1998. Syringe use and reuse: effects of syringe exchange programs in four cities. Journal of Acquired Immune Deficiency Syndrome and Human Retroviruses 18 (suppl1):S37-S44.
 
Hurley S, Jolly D, Kaldor J (1997) Effectiveness of needle-exchange programmes for prevention of HIV infection Lancet 349 June 21:1797-1800.
 
Luire P, Jones TS, Foley J. 1998. A sterile syringe for every drug user injection: how many injections take place annually, and how might pharmacies contribute to syringe distribution? Journal of Acquired Immune Deficiency Syndromes and Human Retrovirology 18 (Supp. 1) S45 -S51.
 
Lurie P, Reingold AL, Bowser B et al. 1993. The Public Health Impact of Needle Exchange Programs in the United States and Abroad. Volume 1. Prepared for the Centre for Diseases Control and Prevention. Atlanta. United States.
 
Obadia Y, Feroni I, Perrin V, Vlahov D, Moatti JP. 1999. Syringe vending machines for injection drug users: an experiment in Marseille, France. American Journal of Public Health 89 (12): 1852-4.
 
Rhodes T, Stimson GV, Crofts N, Ball A, Dehne K et al. 1999. Drug injecting, rapid HIV spread, and the 'risk environment': implications for assessment and response. AIDS 13 (suppl A) S259-S269).
 
Rich JD, Strong LL, Mehrotra M and Macalino G. 2000. Strategies to Optimize the Impact of Needle Exchange Program. The AIDS Reader 10 (7): 421-429.
 
Ruiz-Sierra J. 2001. Research Brief: Syringe Access. The Lindesmith Centre - Drug Policy Foundation, Sacramento, United States.
 
Vlahov D 2000. The role of epidemiology in needle exchange programs. American Journal of Epidemiology. 90 (9): 1390-1392.
 
© The Centre for Harm Reduction (CHR), Burnet Institute.
10 January 2008
Ujian AIDS.
 
07 January 2008
Ramai wanita pekerja seks di India guna kondom.
 
05 January 2008
Amal kehidupan bermoral elak di jangkiti HIV.
 
Jan 2008
Health and Beauty.
 
Jan 2008
Riding for Life.
 
 
Special Projects
NSEP
Monitoring & Evaluation
Marginalized Communities
Forum
Facebook
Volunteering
Useful Links
Directory of Services
Online Library
Web Mail
 
Who is MAF
Mission
The Malaysian AIDS Foundation's 'Circle of Hope' fund supports
Faces of MAF
What happened recently at the Malaysian AIDS Foundation?
On-Going Fundraising Events
On-line donation
Contact
 
 
(c) 2007 Malaysian AIDS Council All rights reserved