Data survelan HIV dan AIDS menunjukkan sehingga bulan Jun 2009, sejumlah 86,127 kes HIV telah dilaporkan kepada kementerian Kesihatan Malaysia. Daripada jumlah ini seramai 14,955 kes telah dilaporkan menghidap AIDS dengan 13,003 kematian akibat HIV dan AID dicatat. Sehingga bulan Jun 2009, sejumlah 73,124 merupakan orang yang hidup dengan HIV dan AIDS (ODHA).
Di Malaysia, kes pertama HIV dilaporkan pada tahun 1986. Semenjak itu, bilangan kes HIV yang dilaporkan terus meningkat sehingga mencapai bilangan kes tertinggi iatiu sejumlah 6,978 kes pada tahun 2002 dengan kadar notifikasi 28.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Bilangan kes HIV dilaporkan menurun pada tahun 2003 di mana sejumlah 6,756 kes dilaporkan berbanding tahun 2002 dan bilangan serta kadar notifikasi telah menurun secara berterusan sehingga mencapai kadar notifikasi iaitu 13.3 kes bagi setiap 100,000 penduduk (3,692 kes) pada tahun 2008. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2009, sejumlah 1,497 kes HIV dilaporkan. Kementerian Kesihatan Malaysia mengunjurkan sehingga penghujugn tahun 2009 anggaran kadar notifikasi HIV adalah 10.0 kes bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia.
Dari aspek gender, Negara sedang melalui perubahan yang dianggap feminization of the HIV epidemic. Dalam erti kata lain, epidemik HIV di Malaysia bermula dengan majoriti yang dijangkiti HIV adalah lelaki berbanding wanita, namun kini peratus wanita dijangkiti HIV berbanding lelaki terus menunjukkan peningkatan. Pada tahun 1990 hanya 1.1% dari kes HIV dilaporkan adalah wanita, meningkat kepada 9.4% pada tahun 2000 dan mencapai 19.1% pada tahun 2008. Jika dilihat dari segi nisbah, pada tahun 2000, terdapat 14 kes HIV di kalangan lelaki bagi setiap seorang wanita. Pada tahun 2008, jurang nisbah tersebut berkurangan kepada 4 lelaki bagi setiap seorang wanita.
Manakala itu, daripada keseluruhan kes HIV dilaporkan sehingga Jun 2009 yang berjumlah 86,127; sebanyak 76.9% kes dilaporkan berumur di antara 20 hingga 39 tahun. Peratus kes HIV dikalangan mereka berumur 40 hingga 49 tahun adalah 15.8% dan yang berumur 50 tahun ke atas menyumbang sebanyak 3.8%. Kes yang dikesan di antara umur 13 hingga 19 tahun adalah 1.4% manakala yang berumur kurang daripada 13 tahun adalah 1.0%. Namun yang demikian, jika dilihat dari segi trend mengikut tahun, peratus kes HIV dilaorkan di kalangan mereka yang berumur 20 hingga 39 tahun di dapati menurun daripada 85.1% pada tahun 1990 kepada 67.1% pada tahun 2008 dan bagi tempoh Januari hingga Jun 2009 kumpulan ini menyumbang sebanyak 68.0%. Peratus kes HIV dilaporkan di kalangan kumpulan umur 40 tahun keatas didapati meningkat daripada 6.6% pada tahun 1990 kepada 27.0% pada tahun 2008 dan bagi tempoh Januari hingga Jun 2009 ianya mencatat sebanyak 28.2%.
Dari aspek faktor risiko kepada jangkitan HIV, statistik sehingga bulan Jun 2009 menunjukkan 71.0% daripada 86,127 kes HIV dilaporkan mendapat jangkitan melalui perkongsian jarum dan picagari dikalangan penagih dadah secara suntikan. Jangkitan melalui hubungan heteroseksual menyumbang sebanyak 16.7% dan 1.9% adalah melalui hubungan homo/biseksual. Jika dilihat dari segi trend mengikut tahun, peratus kes dilaporkan mendapat jangkitan secara heteroseksual semakin meningkat daripada 4.8% pada tahun 1990 kepada 26.7% pada tahun 2008 manakala jangkitan melalui hubungan homo/biseksual meningkat kepada 3.1% pada tahun 2008 berbanding hanya 0.4% pada tahun 1990.
LAPORAN BILANGAN
JANGKITAN BARU HIV, KES AIDS DAN KEMATIAN
(dari 1986 sehingga Jun 2009)
TAHUN
JANGKITAN
HIV
KES-KES
AIDS
KEMATIAN
Lelaki
Wanita
JUMLAH
Lelaki
Wanita
JUMLAH
Lelaki
Wanita
JUMLAH
1986
3
0
3
1
0
1
1
0
1
1987
2
0
2
0
0
0
0
0
0
1988
7
2
9
2
0
2
2
0
2
1989
197
3
200
2
0
2
1
0
1
1990
769
9
778
18
0
18
10
0
10
1991
1741
53
1794
58
2
60
10
9
19
1992
2443
69
2512
70
3
73
44
2
46
1993
2441
66
2507
64
7
71
50
5
55
1994
3289
104
3393
98
7
105
74
6
82
1995
4037
161
4198
218
15
233
150
15
165
1996
4406
191
4597
327
20
347
259
12
271
1997
3727
197
3924
538
30
568
449
24
473
1998
4327
297
4624
818
57
875
655
34
689
1999
4312
380
4692
1114
86
1200
824
50
874
2000
4626
481
5107
1071
97
1168
825
57
882
2001
5472
466
5938
1188
114
1302
900
75
975
2002
6349
629
6978
1068
125
1193
823
64
887
2003
6083
673
6756
939
137
1076
633
67
700
2004
5731
696
6427
1002
146
1148
951
114
1065
2005
5383
737
6120
1044
177
1221
882
102
984
2006
4955
875
5830
1620
222
1842
896
80
976
2007
3804
745
4549
937
193
1130
1048
131
1179
2008
2988
704
3692
795
146
941
786
114
900
06/2009
1234
263
1497
327
52
379
280
35
315
TOTAL
78,326
7,801
86,127
13,319
1,636
14,955
10,553
996
11,549
Sumber: Unit AIDS/STI,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Disediakan oleh: Pusat Sumber, Majlis AIDS
Malaysia
LAPORAN BILANGAN
KES-KES HIV/AIDS DAN KEMATIAN DI MALAYSIA
(dari 1986 sehingga Jun 2009)
Faktor
Klasifikasi
HIV
AIDS
Jangkitan
Kes
Jantina
/ seks
Lelaki
78,326
13,319
Wanita
7,801
1,636
TOTAL
86,127
14,955
Kumpulan
Umur
<
2 tahun
250
71
2
- 12 tahun
593
142
13
- 19 tahun
1,226
240
20
- 29 tahun
29,203
2,814
30
- 39 tahun
37,018
6,455
40
- 49 tahun
13,596
3,650
>
50 tahun
3,170
1,294
Tiada
Data
943
236
JUMLAH
86,127
14,955
Kumpulan
Etnik
Melayu
61,864
8,801
Cina
12,478
3,886
India
6,831
1,166
Bumiputra
Sarawak
430
227
Bumiputra
Sabah
569
193
Orang
Asli
39
0
Lain-lain
625
147
Warga
Asing
2,983
517
Tiada
Maklumat
308
18
JUMLAH
86,127
14,955
Transmisi
berdasarkan faktor risiko
IDU
61,123
8,242
Suntikan
jarum
0
0
Penerima
darah
30
19
Penerima
organ
3
3
Homo/Biseksual
1,630
483
Heteroseksual
14,410
4,433
Ibu
ke anak
772
193
Tiada
maklumat
8,159
1,582
JUMLAH
86,127
14,955
Sektor
/ Pekerjaan
Pengganggur
15,568
4,183
Kakitangan
kerajaan
618
183
Pelajar
249
57
Badan-badan
beruniform
674
152
Nelayan
3,254
402
Pekerja
Kilang / Industri
4,085
705
Kakitangan
sektor swasta
2,848
850
Pekerja
seks
551
79
Suri
rumahtangga
2,865
568
Pemandu
jarak jauh
2,139
395
Lain-lain
28,363
4,212
Buruh
kasar
24,913
3,169
JUMLAH
86,127
14,955
Sumber: Unit AIDS/STI,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Disediakan oleh: Pusat Sumber, Majlis AIDS
Malaysia