Announcement: Country Coordinating Mechanism (CCM) Pre-Election Briefing Session

feature-images-replace_logo-01
Partnership key to Ending AIDS by 2030
December 22, 2015
feature-images-replace_logo-01
Red Ribbon Youth Icon returns to Sahara to raise AIDS awareness
January 21, 2016

Announcement: Country Coordinating Mechanism (CCM) Pre-Election Briefing Session

feature-images-replace_logo-01

Country Coordinating Mechanism (CCM) Pre-Election Briefing Session

for Key Populations and People Living with HIV

Thursday, 21 January 2016, 12.30 – 05.00 pm, Vistana Hotel Kuala Lumpur

 

The Global Fund is a 21st century partnership organisation designed to accelerate the end of AIDS, tuberculosis and malaria as epidemics. Since June 2011, Malaysia has implemented the Global Fund Grant to expand HIV prevention services to key populations namely people who inject drugs, sex workers, transgender, and more recently men who have sex with men since January 2015.

 

The Country Coordinating Mechanism (CCM) was formed in 2009 to develop and submit grant proposals to the Global Fund based on priority needs at the national level. After grant approval, they oversee progress during implementation. CCM includes representatives from both the public and private sectors, including governments, multilateral or bilateral agencies, non-governmental organizations, key populations, academic institutions, private businesses and people living with the diseases.

The designated two-year term of the current members on the CCM Malaysia has come to an end in December 2015, and the CCM will be reconstituted for the next two years (February 2016-January 2018). The CCM secretariat has appointed the Malaysian AIDS Council (MAC) to assist in the coordination and dissemination of the election process to the respective organisations/networks/individuals. To ensure a fair process for all constituents, MAC cordially invites organisations/networks/individuals to attend a CCM pre-election briefing session on Thursday, 21 January 2016, 12.30 – 05.00 pm, at Vistana Hotel, Kuala Lumpur.

The main objective of this briefing is for the organisations/network/individuals to have a better understanding on the CCM mechanism, discuss the challenges and common interests, as well as to define the criteria of nominees and voters for all key populations and people living with HIV.

The agenda is as follows:

  • 12.30 – 02.00 pm — Lunch
  • 02.00 — 04.00 pm — Introduction about CCM, main challenges, common interests in CCM, define meaning of representation
  • 04.00 — 05.00 pm — Define criteria of voting members and nominees

 

If you or your organisation is interested, please submit your name (for individuals) or name(s) of representative(s) (for organizations/networks) to Danisha at <[email protected]> (tel: 014-7199059), or Han Yang at <[email protected]> (tel: 012-3270274) by Tuesday, 19 January 2016, 5.00 pm.

 

Please note that seats are limited, hence it will be on a first-come,first-served basis, and up to the discretion of MAC to ensure equal representation of different key populations.

###

Sesi Taklimat Pra-Pemilihan Country Coordinating Mechanism (CCM)

untuk Populasi Utama dan Orang Yang Hidup dengan HIV

Khamis, 21 Januari 2016, 12.30 – 05.00 petang, Vistana Hotel Kuala Lumpur

 

Global Fund merupakan organisasi perkongsian abad ke-21 yang ditubuhkan untuk mengakhiri epidemik-epidemik AIDS, tibi dan malaria. Sejak Jun 2011, Malaysia telah melaksanakan geran Global Fund untuk meluaskan perkhidmatan pencegahan HIV kepada populasi-populasi utama yang terkesan iaitu pengguna dadah suntikan, pekerja seks, transgender, dan baru-baru ini lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki sejak Januari 2015.

 

Country Coordinating Mechanism (CCM), atau Mekanisme Penyelarasan Negara, telah dibentuk pada 2009 untuk membangunkan dan mengemukakan kertas-kertas cadangan kepada Global Fund berdasarkan keperluan yang diberikan keutamaan di peringkat negara. Setelah geran diluluskan, ahli-ahli CCM diamanahkan untuk menyelia perlaksanaan program. Komposisi CCM terdiri daripada perwakilan sektor-sektor awam dan swasta, termasuk kerajaan, agensi-agensi bilateral (dua hala) dan multilateral (berbilang hala), pertubuhan bukan kerajaan, populasi utama, institusi akademik, perniagaan-perniagaan swasta serta orang yang hidup dengan penyakit yang berkenaan.

 

Tempoh khidmat dua tahun ahli-ahli CCM Malaysia semasa telahpun tamat pada Disember 2015, dan barisan CCM yang baharu akan disusun semula untuk tempoh dua tahun yang akan datang (Februari 2016 – Januari 2018). Pihak urus setia CCM telah melantik Majlis AIDS Malaysia (MAC) untuk membantu dalam penyelarasan dan penyebaran maklumat tentang proses pemilihan ini kepada organisasi/jaringan/individu masing-masing. Untuk memastikan proses dijalankan secara adil dan saksama, MAC dengan segala hormatnya menjemput organisasi/jaringan/individu ke satu sesi taklimat pra-pemilihan CCM pada Khamis, 21 Januari 2016, 12.30 – 05.00 petang, di Hotel Vistana Kuala Lumpur.

 

Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman organisasi/jaringan/individu tentang mekanisme CCM, membincangkan cabaran dan kepentingan bersama, serta menetapkan kriteria calon bertanding dan pengundi untuk semua populasi utama dan orang yang hidup dengan HIV.

 

Atur cara majlis adalah seperti berikut:

 

  • 12.30 – 02.00 petang — Makan tengah hari
  • 02.00 — 04.00 petang — Pengenalan kepada CCM, cabaran utama, kepentingan bersama, huraian maksud perwakilan
  • 04.00 — 05.00 petang — Penetapan kriteria pengundi dan calon bertanding

 

Sekiranya anda atau organisasi anda berminat untuk menghadiri taklimat ini, sila maklumkan nama (untuk individu) atau nama wakil (untuk organisasi/jaringan) kepada Danisha <[email protected]> (tel: 014-7199059), atau Han Yang <[email protected]> (tel:012-3270274) selewat-lewatnya pada hari Selasa, 19 Januari 2016, 5.00 petang.

 

Harap maklum bahawa penyertaan adalah terhad; keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mendaftar secara awal. Penyertaan juga akan ditetapkan atas budi bicara MAC untuk memastikan perwakilan yang saksama bagi setiap populasi utama.

###