Anugerah Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan 2017 milik Majlis AIDS Malaysia

feature-images-replace_logo-01
LGBT fear mongering fuels AIDS epidemic
October 15, 2017
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Deputy Prime Minister cum Minister of Home Affairs (left) presents a certificate of recognition for Code of Good Governance 2017 to Parimelazhagan Ellan, Executive Director, Malaysian AIDS Council during the launch of National Societies Carnival 2017 on 13 October at Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Code of Good Governance Award 2017 for Malaysian AIDS Council
October 17, 2017

SIARAN MEDIA

Untuk Siaran Segera

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2017 – Majlis AIDS Malaysia (MAC) dianugerahkan Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan 2017 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Anugerah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sewaktu pelancaran Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2017 yang berlangsung pada Jumaat, 13 Oktober di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri (kiri) menyampaikan sijil pengiktirafan Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan 2017 kepada Parimelazhagan Ellan, Pengarah Eksekutif Majlis AIDS Malaysia sewaktu upacara perasmian Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2017 pada 13 Oktober di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Kod Tadbir Urus Baik Pertubuhan mengiktiraf kecemerlangan sesebuah organisasi dalam mematuhi prinsip-prinsip kod tadbir urus baik yang digariskan oleh ROS. Penilaian dibuat berdasarkan prestasi organisasi tersebut dalam memenuhi peranan dan matlamatnya, selain memelihara kualiti dari aspek kawalan, kecekapan, ketelusan dan integriti dalam tindakan.

Parimelazhagan Ellan, Pengarah Eksekutif MAC berkata, “Anugerah ini menandakan satu lagi detik pencapaian yang sungguh bermakna dalam lipatan sejarah 25 tahun penubuhan MAC.”

MAC ditubuhkan pada 1992 – enam tahun selepas HIV dan AIDS mula dilaporkan di negara ini – atas inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menerajui gerakan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berkenaan HIV dan AIDS (Ahli-ahli Gabungan) di peringkat akar umbi. Bermula dengan hanya tujuh Ahli Gabungan, keahlian MAC telah berkembang kepada 47 Ahli Gabungan kini bernaung di bawahnya.

Dalam tempoh satu dekad kebelakangan ini, tindakan respons AIDS di Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang positif. Jangkitan HIV baharu telah mencatatkan kadar penurunan lebih 50 peratus – daripada kemuncak 28.4 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2002 kepada 11.0 bagi setiap 100,000 penduduk tahun lepas – berikutan strategi pengurangan mudarat yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama MAC.

“Kejayaan ini merupakan hasil daya tahan, kesepakatan, dan komitmen Ahli-ahli Gabungan kami terhadap sasaran mengakhiri AIDS menjelang 2030.

“Kami berharap pengiktirafan oleh ROS ini akan terus mendorong usaha kami dan Ahli-ahli Gabungan ke arah mengukuhkan iltizam dalam memastikan mereka yang terkesan oleh HIV dan AIDS menerima akses perkhidmatan kesihatan dan perlindungan sosial, selain mengeratkan lagi jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai sektor terutamanya dalam menangani cabaran peningkatan transmisi seksual HIV,” tambah beliau.

[TAMAT]

Majlis AIDS Malaysia

Majlis AIDS Malaysia (MAC) ditubuhkan pada tahun 1992 sebagai organisasi ‘payung’ yang bertanggungjawab untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkerja di lapangan HIV dan AIDS. MAC menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, untuk memastikan respons terhadap epidemik AIDS oleh NGO adalah komited dan efektif. Selain melaksanakan program pencegahan, rawatan, jagaan dan sokong bantu HIV di seluruh negara, MAC dan Ahli-Ahli Gabungan bertindak mewakili suara komuniti-komuniti yang terjejas oleh HIV dan AIDS. Untuk keterangan lanjut, layari www.mac.org.my.

Hubungi

Majlis AIDS Malaysia

Zaki Arzmi │ 016.292.2948 │ [email protected]