Bengkel Implementasi Program Secara Efektif

Faisal Cup raises HIV awareness among children
July 3, 2014
Pengumuman: Bantuan Skim PAL dari Yayasan AIDS Malaysia kini dibuka
July 4, 2014

Bengkel Implementasi Program Secara Efektif

Seramai 41 orang Pembimbing Rakan Sokong Bantu dan Pekerja Temuseru dari Ahli-Ahli Gabungan di bawah Majlis AIDS Malaysia telah menyertai Bengkel Implementasi Projek Secara Efektif yang diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2014 di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari tersebut melatih para peserta dari sudut perancangan projek secara efektif yang merangkumi aspek-aspek keberkesanan, pencapaian dan cabaran dalam perlaksanaan sesebuah projek. Kesemua peserta juga diberikan pendedahan kepada ubat-ubatan antiretroviral serta kepentingan mematuhi pengambilan ubat-ubatan antiretroviral tersebut.

Menerusi latihan kerja secara berkumpulan dan perbincangan secara terbuka, para peserta berpeluang untuk saling bertukar pandangan dan pengalaman selain mengukuhkan jaringan kerjasama antara mereka.

Bengkel yang telah dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini diharap dapat meningkatkan kualiti kerja di lapangan.