GLAM Lelaki ALPHAMEN 2014 raih dana untuk Yayasan AIDS Malaysia

feature-images-replace_logo-01
Persidangan AIDS Kebangsaan Kali Ketiga himpunkan 1,000 penggerak respons HIV dari pelbagai sektor di Malaysia
October 31, 2014
feature-images-replace_logo-01
Karnival Hari Pertubuhan Kebangsaan 2014
November 3, 2014

GLAM Lelaki ALPHAMEN 2014 raih dana untuk Yayasan AIDS Malaysia

feature-images-replace_logo-01

Barisan ALPHAMEN 2014 yang menghiasi kulit dan dada majalah GLAM Lelaki edisi November 2014 bersatu dalam usaha meraih dana untuk Yayasan AIDS Malaysia.

Selebriti-selebriti terkenal tanah air Izzue Islam, Lawrence Wong, Qi Razali, Nik Michael Imran, Sam Bunkface, Fadzil Zahari, Hisyam Hamid dan tidak ketinggalan dua orang Selebriti Sokongan Riben Merah Yayasan AIDS Malaysia iaitu Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz telah terpilih untuk memperagakan sut ‘bespoke’ rekaan eksklusif oleh Lord’s Tailor untuk dijual kepada para dermawan. Sut tersebut boleh dibeli dengan harga permulaan RM 3,000** dan hasil jualan akan disalurkan sepenuhnya kepada Yayasan AIDS Malaysia.

Para pembeli sut berpeluang untuk bertemu dengan barisan selebriti tersebut dalam acara kemuncak GLAM Lelaki ALPHAMEN 2014 pada 18 November akan datang. Selain menderma dan beramah mesra bersama selebriti, para pembeli sut akan turut dihiburkan dengan persembahan khas oleh Selebriti Sokongan Riben Merah Dayang Nurfaizah, Kaka Azraff, dan ramai lagi.

Beberapa helai sut masih dalam proses penjualan. Jika berminat, sila hubungi Herda Harith (GLAM Lelaki) di talian 03-79527036

Untuk maklumat lanjut, layari: http://glam.my/glam-lelaki/amal-alpha-men-2014/