Mesyuarat ‘Stakeholder’ Tahunan Peringkat Kebangsaan 2014

Hari Memperingati AIDS Sedunia 2014 Peringkat Negeri Kedah
September 12, 2014
Belia Kampus Kesihatan USM prihatin komuniti HIV
September 17, 2014

Mesyuarat ‘Stakeholder’ Tahunan Peringkat Kebangsaan 2014

Pada 3-4 September yang lalu, Mesyuarat ‘Stakeholder’ Tahunan Peringkat Kebangsaan 2014 anjuran bersama Majlis AIDS Malaysia dan Program Global Fund ISEAN-Hivos Yayasan PT dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berlangsung di Grand Hibiscus Ballroom, Swiss Garden Hotel & Residences. Wakil-wakil dari Ahli-ahli Gabungan dan pihak ‘stakeholder’ (pihak berkepentingan) seperti KKM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengambil bahagian.

Mengambil tema ‘Scaling Up HIV Interventions in Malaysia’ (Meningkatkan Skala Intervensi HIV di Malaysia), dan berlatarbelakangkan situasi peningkatan transmisi seksual HIV di negara ini yang semakin serius, mesyuarat dua hari ini bertujuan untuk:

  • Meninjau situasi semasa serta sejauh mana pencapaian kita dalam menangani jangkitan baru HIV yang disebabkan transmisi seksual;
  • Menyediakan ruang perkongsian pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik antara organisasi akar umbi serta agensi kerajaan yang terbabit;
  • Mengukuhkan jalinan kerjasama antara ‘stakeholder’ menuju peningkatan skala intervens

 

HIV dan penghubungan jagaan HIV (linkages of care);

  • Mengenal pasti cabaran dan merumuskan satu pelan tindakan untuk menangani transmisi seksual HIV yang dapat dipadankan dengan saranan yang terdapat dalam Semakan Pertengahan Penggal (Mid Term Review) Pelan Strategik HIV & AIDS Kebangsaan 2011 – 2015.

Para peserta telah dibahagikan mengikut zon masing-masing untuk membincangkan tiga tema utama, iaitu ‘Linkages of Care’ (Penghubungan dengan Penjagaan HIV), ‘Upscale of HIV Testing and Treatment’ (Meningkatkan Liputan Ujian dan Rawatan HIV) dan ‘Enabling Environment’ (Persekitaran Pembolehan). Rumusan perbincangan adalah seperti di bawah.

Rumusan
 Tema Cabaran Pencapaian Langkah Selanjutnya
‘Upscale of HIV Testing and Treatment’ 1. Stigma dan Diskriminasi Kesedaran, Pendidikan dan sesi dialog dengan NGO, para ‘stakeholder’, penyedia penjagaan kesihatan Promosi tentang keperluan Ujian HIV & Kaunseling (HTC). Contoh: Melalui media
2.   Klien yang berasa takut untuk tampil ke hadapan bersuara Mewujudkan HTC berdasarkan pertubuhan berasaskan komuniti (CBO) Menubuhkan kumpulan sokongan rakan sebaya dan sistem ‘buddy’ di hospital dan klinik
3.   Kekurangan HTC berasaskan CBO Memperkasakan pekerja temuseru untuk menggalakkan dan menyediakan maklumat tepat mengenai ujian kepada klien Menyemak semula kriteria untuk paramedik Kementerian Kesihatan untuk menjalankan HTC
4.    Akses dan maklumat tentang HTC terhad atau tidak disampaikan dengan mahir Mewujudkan lebih banyak perkhidmatan HTC bergerak (‘mobile’)
Untuk menggerakkan lebih banyak perkhidmatan pelanggan dalam mengesan klien. Bekerjasama dengan kaunselor rakan sebaya dan NGO.
5. Kekurangan paramedik yang diiktiraf untuk melakukan HTC bagi NGO Memperkasa kemahiran memujuk untuk pekerja temuseru merujuk klien ke klinik kesihatan untuk menjalani ujian. Bekerjasama dengan KKM dan kolej untuk menyediakan latihan yang diperakui untuk ahli-ahli komuniti menjalankan HTC
‘Linkages of Care’  1. Halangan untuk rujukan dan susulan klien disebabkan faktor jarak, kos dan masa menunggu yang lama Kerjasama dengan CBO dan penyedia kesihatan awam tentang pengesanan klien Penyedia kesihatan awam bekerjasama dengan NGO dan menyediakan senarai mereka yang gagal meneruskan rawatan
2. Kekurangan rawatan susulan untuk individu yang di luar penjara serta institusi. Projek CAHR – TEMAN Lebih banyak projek seperti Projek TEMAN harus dijalankan
3. Kekurangan maklumat mengenai pentingnya keperluan rawatan berterusan Sistem ‘Buddy’ dan Program Pembimbing Rakan Sebaya Hospital Lebih banyak Sistem ‘Buddy’ dan Program Pembimbing Rakan Sebaya Hospital harus dijalankan
‘Enabling Environment’ 1. Dasar-dasar Kerajaan dan undang-undang diskriminasi mewujudkan kebimbangan terhadap populasi berisiko tinggi Program kesedaran dan latihan yang disediakan oleh NGO Pendidikan memainkan peranan penting dalam mengurangkan stigma dan diskriminasi. Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran harus mendidik orang ramai terutamanya golongan belia tentang seks selamat dan isu seksualiti
2. Stigma dalam diri, dan stigma & diskriminasi sebenar Kem-kem motivasi untuk klien Sertai latihan bersama stakeholder
3. Kekurangan dialog dan kerjasama dengan stakeholder Pendidikan berasaskan rakan sebaya Dialog yang membina kepercayaan dalam kalangan stakeholder
4. Pengurusan HIV di tempat kerja Koda Amalan Tentang Pencegahan dan Pengurusan HIV / AIDS di tempat kerja yang telah disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama perwakilan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan organisasi antarabangsa. Tujuan koda amalan ini adalah untuk mengurangkan penyebaran HIV dan membimbing majikan serta pekerja dalam mengurus isu-isu berkaitan HIV & AIDS di tempat kerja. Lebih ramai majikan menerima pakai Koda Amalan.