Pengumuman: Bantuan Skim PAL dari Yayasan AIDS Malaysia kini dibuka

Bengkel Implementasi Program Secara Efektif
July 3, 2014
Ramadan brighter for children with HIV
July 17, 2014

Pengumuman: Bantuan Skim PAL dari Yayasan AIDS Malaysia kini dibuka

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Sime Darby telah bersetuju untuk menaja sepenuhnya skim PAL, skim  yang menyediakan bantuan ubatan bagi ARV peringkat kedua kepada mereka yang hidup dengan HIV. Penajaan Yayasan Sime Darby adalah bernilai RM 1.5 juta untuk tempoh tiga tahun (Jun 2014 – Mei 2017). 

Di bawah Pal Scheme , setiap penerima bantuan akan menerima penajaan satu jenis ARV sebanyak sekali setiap dua bulan.

 

MAF kini membuka penamaan calon dari semua ahli gabungan Majlis AIDS Malaysia untuk menjadi penerima skim ini untuk kemasukan Disember 2014.

 

Kesemua calon perlu menepati kriteria seperti dibawah:

 

1.     Kriteria Perubatan

 

a)Telah dianalisa menghidapi HIV dan ‘CD4 (sel darah putih) count’ di bawah 350 cells/mm di Klinik Penyakit Berjangkit di Hospital Kerajaan.

b)Menunjukkan sikap positif terhadap rawatan yang diterima;

 

2.     Kriteria Bukan Perubatan:

 

a.   Mestilah rakyat atau penduduk kekal Malaysia

b.   Berumur 18 tahun dan ke atas.

c.   Memiliki pendapatan dan isi rumah bernilai RM2,000 dan ke bawah


Pemohon hendaklah memuat turun borang yang disediakan dan mengisi boring tersebut beserta dengan lampiran

 

1.     Salinan Kad Pengenalan

2.     Bukti Pendapatan Bulanan (Borang EA /Penyata KWSP/ Slip Gaji/ Penyata Bank)

 

Jika pemohon mengalami masalah untuk mengemukakan Bukti Pendapatan Bulanan, pemohon boleh mengisi borang ‘Penyata Pendapatan Skim PAL’ untuk mengesahkan pendapatan bulanan pemohon.

 

Hantarkan borang yang lengkap menerusi:

 

Email:

[email protected]

[email protected]

 

Fax: 03 4047 4210

 

Pos:

En Afiq Mustaffa

Malaysia AIDS Foundation

No 12, Jalan 13/48 A, The Boulevard Shop Office

Off Jalan Sentul

51000 Kuala Lumpur

 

Untuk pertanyaan selanjutnya, anda boleh menghubungi En Afiq di 03 4047 4222 atau En Arif di 03 4047 4257