Persidangan AIDS Kebangsaan Kali Ketiga himpunkan 1,000 penggerak respons HIV dari pelbagai sektor di Malaysia

feature-images-replace_logo-01
Hilton Kuala Lumpur gives to Malaysian AIDS Foundation
October 30, 2014
feature-images-replace_logo-01
GLAM Lelaki ALPHAMEN 2014 raih dana untuk Yayasan AIDS Malaysia
November 1, 2014

Persidangan AIDS Kebangsaan Kali Ketiga himpunkan 1,000 penggerak respons HIV dari pelbagai sektor di Malaysia

feature-images-replace_logo-01

 

Persidangan AIDS Kebangsaan Kali Ketiga yang telah berlangsung di Hotel MS Garden, Kuantan pada  11 – 12 Oktober 2014 mengambil tema “Getting to ZERO – More needs to be done”. Penganjuran persidangan tersebut adalah kerjasama antara Persatuan Perubatan HIV Malaysia (MASHM), Persatuan Alumni Program Perisikan Epidemik Malaysia (EIPMAS) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan disokong oleh Majlis AIDS Malaysia.

Persidangan ini telah berjaya menghimpunkan hampir 1,000 peserta yang terdiri daripada pakar – pakar perubatan terutamanya dalam lapangan kesihatan awam, kesihatan keluarga, kesihatan bersekutu selain wakil-wakil masyarakat sivil dan NGO, badan-badan keagamaan, pelajar-pelajar serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

Persidangan ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:

  • Untuk meningkatkan dan mengukuhkan penjagaan HIV bagi orang-orang yang hidup dengan HIV dari sudut yang berbeza.
  • Untuk menyediakan platform perkongsian amalan terbaik, maklumat terkini serta kemahiran klinikal dari segi rawatan dan pencegahan HIV & AIDS
  • Untuk memberikan fokus terhadap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan, NGO dan badan-badan lain dalam menangani HIV & AIDS di Malaysia.

Upacara perasmian persidangan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Haji Hilmi Bin Haji Yahya beserta dengan pelancaran Buku Garis Panduan bertajuk “Consensus Guidelines on Antiretroviral Therapy 2014” dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Persatuan Perubatan HIV Malaysia (MASHM).

 

Bercakap kepada media, beliau berkata, “Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut terlibat dalam Deklarasi Komitmen ASEAN 2011  dan ‘Cities Getting to Zero Project’ iaitu usaha bagi memastikan mereka yang hidup dengan HIV mendapat rawatan antiretroviral dengan sempurna, sokongan dan kaunseling yang akhirnya akan mengurangkan kematian akibat AIDS.”

Sejajar dengan komitmen kerajaan dalam memastikan jangkitan HIV terus menurun dalam kalangan rakyat negara ini, beliau menggesa agar masyarakat dapat mengubah stigma negatif dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV.

Sepanjang tempoh persidangan, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia bersama Kelab Belia Riben Merah telah terlibat secara langsung dengan mengadakan pameran yang berkongsi  maklumat dengan delegasi persidangan tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Gerai pameran turut mendapat perhatian  YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman rasmi Persidangan Ketiga AIDS Kebangsaan tersebut.