14 Ogos 2014
Hotel Seri Malaysia & Masjid Al-Muttaqin, Sungai Petani, Kedah
Sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia 2014 Peringkat Negeri Kedah telah dianjurkan oleh Persatuan Cahaya Harapan Negeri Kedah/Perlis dengan sokongan Majlis AIDS Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Perasmian majlis yang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Leong Yong Kong, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
YB Dato’ Dr. Leong Yong Kong, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina,
Kesihatan dan Perpaduan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sedang menyampaikan ucapan perasmian.
Upacara keagamaan seperti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan selawat oleh ahli-ahli komuniti memenuhi pengisian majlis, selain satu sesi penerangan daripada wakil JAKIM dan sebuah NGO berasaskan agama Kristian yang memberikan pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi membantu orang hidup dengan HIV.
Acara selanjutnya yang diadakan di Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria pula diisi bacaan Yasin dan Tahlil serta Wawancara Perdana bertajuk “Innama A’malu Bil Niat”.
Majlis telah disambut baik oleh masyarakat setempat.