Bengkel Pengukuhan Pemantauan & Penilaian untuk Ahli Gabungan

Joint Statement On The Trans-Pacific Partnership Agreement
April 25, 2014
Datuk Raj Re-elected to Second-term MAC Presidency
May 24, 2014

Bengkel Pengukuhan Pemantauan & Penilaian untuk Ahli Gabungan

Hampir 50 orang peserta terlibat dalam Bengkel Pengukuhan Pemantauan & Penilaian bagi Pengurus-Pengurus Program HIV Ahli-Ahli Gabungan anjuran Majlis AIDS Malaysia yang telah diadakan pada 27-30 April 2014 di deBaron Resort, Langkawi.

Bengkel tiga hari ini diadakan bagi mengukuhkan pemahaman para peserta tentang prinsip Pemantauan & Penilaian secara menyeluruh, selain membina keyakinan peserta dalam mengaplikasikan kemahiran teknikal yang memerlukan perincian yang tepat dan menggunakan perisian pemantauan & penilaian bagi meningkatkan akauntabiliti serta keberkesanan projek.

Kemahiran yang dilatih dalam Bengkel Pengukuhan Pemantauan dan Penilaian, 27 – 30 April 2014, Langkawi

  • Asas pemantauan & penilaian
  • Penggunaan rangka kerja logik sebagai alat metrik pemantauan
  • Pembangunan rangka kerja logikal
  • Pengurusan sistem pangkalan data Syrex dengan cekap
  • Pengurusan pemantauan di lapangan
  • Penulisan laporan yang mencerminkan hasil kerja
  • Penggunaan data terkumpul sebagai advokasi untuk dikongsi bersama ‘stakeholder’.

Pelbagai kaedah latihan telah diguna pakai dalam bengkel ini yang dikendalikan oleh kakitangan Bahagian Program Majlis AIDS Malaysia sendiri, termasuklah aplikasi konsep praktikal, perbincangan dalam kumpulan dan percambahan buah fikiran antara peserta.

Bengkel yang dibiayai oleh UNAIDS ini turut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri.