Karnival Hari Pertubuhan Kebangsaan 2014

GLAM Lelaki ALPHAMEN 2014 raih dana untuk Yayasan AIDS Malaysia
November 1, 2014
24th International Harm Reduction Conference announced to take place in Kuala Lumpur, Malaysia, 18-21 October 2015
November 6, 2014

Karnival Hari Pertubuhan Kebangsaan 2014

Pada 1 November 2014, Majlis AIDS Malaysia telah berpeluang mendekati komuniti setempat yang mengunjungi Karnival Hari Pertubuhan Kebangsaan 2014 di Bulatan Bazarena, Stadium Melawati, Shah Alam.

 

Dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, karnival tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan, peranan serta sumbangan pertubuhan iaitu sektor ketiga terbesar selepas sektor kerajaan dan sektor swasta dalam pembangunan komuniti, masyarakat dan negara. Karnival juga simbolik usaha pihak Kementerian berkenaan meraikan pertubuhan-pertubuhan yang telah menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara.