Penyerahan Dana Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia Kepada Ahli-Ahli Gabungan Majlis AIDS Malaysia

Belia USM Anjur STOP.THINK. TEST Tingkatkan Kesedaran HIV Generasi Muda
June 6, 2014
Request for Proposals (RFP): Pilot HIV Intervention Programme Targeting Men who Have Sex with Men (MSM) in Malaysia
June 23, 2014

Penyerahan Dana Bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia Kepada Ahli-Ahli Gabungan Majlis AIDS Malaysia

Dari kiri: Dr. Sha’ari Bin Ngadiman, YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Yahya, Datuk Dr. Raj Karim, En. Hisham Hussein, Pn. Roswati Ghani dan En, Parimelazhagan Ellan. Gambar: Instagram @myAIDScouncil.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyalurkan dana bantuan bernilai RM6.315 juta khusus untuk Ahli-Ahli Gabungan di bawah naungan Majlis AIDS Malaysia (MAC) dalam sebuah majlis penyerahan cek yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan pada 21 Mei 2014 di Putrajaya. Peruntukan dana adalah untuk perlaksanaan program HIV sepanjang tahun ini termasuk menampung kos perolehan kit pencegahan HIV untuk projek Global Fund.

KKM mengakui bahawa usaha mengawal epidemik HIV memerlukan perkongsian pintar antara pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Justeru, KKM telah menyalurkan dana di bawah Bantuan Kewangan Kerajaan untuk perlaksanaan program pencegahan HIV oleh NGO menerusi rakan pelaksananya MAC sejak tahun 2003.

MAC dan Ahli-Ahli Gabungan mengucapkan penghargaan kepada KKM atas bantuan dana tersebut dalam usaha melestarikan usaha-usaha gerak balas terhadap HIV di negara ini, dan berharap bantuan ini berterusan untuk tahun-tahun yang mendatang.